Followers

Wednesday, November 22, 2017

WARDROBE GOALS ?

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, sekarang sedang menuggu diri ini untuk melangkah ke alam internship. So soon.
Doakan yup? Jadi, cuti-cuti ni biasalah. Saya  memang serabut + annoyed dengan wardrobe  sendiri. Messy sangat dan sangatlah tidak tersusun . Almaklumlah, selama ni duduk di rumah sewa. Kerja asyik angkut dan tukar-tukar baju ke rumah sewa bila cuti semester tiba . Hasilnya, dapatlah almari yang bersepah πŸ’’

TO DO LIST TO ACHIEVE WARDROBE KEMAS :

1) Keluarkan semua shawl, blouse, baju kurung, sweater dllπŸ‘•πŸ‘–πŸ‘—πŸ‘šπŸ‘˜
2) Asingkan mengikut kategori
3) *Lipat semula (Ikut kesesuaian almari encik/cik semua)                                                                       Kalau almari kecil boleh cuba search di youtube cara-cara lipat baju bagi maksimakan lagi ruang   almari.
   * Untuk baju yang perlu letak di hanger. sangkut kemas- kemas (rujuk gambar selepas) 
4) Kemudian, isi lah di mana ruang-ruang kosong mengikut KATEGORI dan WARNA





ALAT UNTUK MEMBUAT BAJU ANDA LEBIH TERSUSUN. 

1)NONWOVEN STORAGE

Untuk bekas ini,  isi semua baju adik perempuan saya yang lama-lama.
Yang hitam, isi shawls and pashmina .
Malaysia panas . Tidak sesuai pakai shawls πŸ˜›
Beli daripada MRDIY

Hitam - RM 6.90
Pink- RM 16.50


2) PLASTIC STORAGE 
Juga dari MRDIY
Harga lupa .hehe



3) SLING HANGER 

Sling hanger sesuai untuk korang letak shawls , skirts dan trousers (seluar slack)
Untuk saya, saya letak skirts .
Sling hanger ni boleh didapatkan di MRDIY .
 Harga lupa.. Lama dah beli.


 Untuk t-shirts, saya gulung (rolled up)  semua macam sushi , supaya nanti senang untuk saya sumbat diorang dalam wardrobe. Pernah saya pack dengan guna cara ini. Sangat menjimatkan ruang okay?! Tapi masih ada lagi tak tahu guna cara ini. Sampaikan pernah kawan saya sendiri label saya pelik. Haiyya lu amoi manyak ketinggalan.

Kalau guna cara ni kalau campak tak terlerai.. still kemas. Kena pandai gulung dan selit tau.









Untuk plastic storage yang saya tunjuk tadi, saya isi shawls chiffon ikut susunan warna, supaya nanti senang pilih bila nak pergi outing , working and so on.
Okay , itu sahaja yang saya nak share. Tidak banyak pun dan mungkin korang dah tahu cara-cara ini. Buat yang belum tahu, cuba sedaya upaya kemaskan almari anda hokei.. Selamat mencuba.

P/s: I am not a face of MRDIY nor sponsored by them πŸ˜‘

Wednesday, September 6, 2017

Ujian ujian ujian

*twittwit (notification ringtone)
Aku terus buka  notification whtsapp. Terpapar nama seorang lelaki yang begitu menduga dan menguji kesabaran aku.

Dia selalu berkata sesuatu yang tidak berlaku. In other words, he loves to make up stories. Dia sering meluahkan kebimbangan jika suatu hari nanti aku benci padanya. Kebimbangan fitnah tentang aku dan dia. Katanya "sedangkan kita tak berhubung pun". Tapi, dia buat lagi. Dan dia buat aku mula rasa benci dan meluat dengan perangainya yang suka buat cerita.

Dia selalu mengajukan soalan yang kosong. Cakap macam orang kurang cerdik(Bahasa sopan). Memaksa aku buat apa yang aku tak suka. Iaitu melayan dan chatting dengan dia.

Aku bukannya tidak pernah jujur dengannya. Aku dah nyatakan aku boleh sahaja berkawan dengannya.. Tapi biasa-biasa. Tidak perlu mesej tanpa urusan. Sedangkan kawan rapat lelaki yang  lain pun tidak pernah mesej aku ketika waktu lapang . Mereka bertegur di luar sekadar berbahasa. Tolong bila diperlukan. Berbual bila ada urusan.

Dan, kelmarin dia tegur aku. Ucapan selamat hari raya diberi. Aku senyap. Katanya dosa. Apa yang aku jawab. Katanya tipu. Katanya dosa, kalau menipu. Do I really have time to lie him?He keeps repeating the words "dosa" here gais. Boleh tak aku kata, dia ni penunggang agama? 

Aku ingat, musim raya sebelum ini, katanya minta maaf. Katanya, hidup seperti normal. Ya, memang betul aku boleh hidup secara normal.Syaratnya, kalau kau tidak ulangi apa yang aku tak suka.. It is okay to be yourself.But please, in a positive way. Kalau maksud kau 'be yourself' dengan membuat sesuatu  yang orang tidak suka, kau silap.

Sebab bila aku "be myself" dengan tidak melayan perbualan kosong, kau tidak suka, kau tidak puas hati. Eh bro, aku sedang be myself kot. Jadi diri sendiri...

Aku dah cuba nak be nice dengan orang macam kau. Tapi, kau tak membantu. Cakap lah banyak sekali mana pun. Kau takkan faham. Aku penat..Aku penat nak puaskan hati orang sekeliling. Kau tak pernah faham. Tak pernah hadam dengan apa yang aku suarakan. Orang kata, "benda boleh bincang". Yeah right.. Itu kalau, orangnya berfikir gunakan akal dan ada effort untuk memahami dan tidak ulang kesilapan yang sama.

People tends to do mistake. But if he keep repeating the same mistake, who wouldn't be so piss off!

Engkau redha atau tidak dengan cara layanan aku, Its up to you. The most important is, redha Allah.

Aku struggle nak jaga hubungan dengan manusia ,baik lelaki atau sejantina dengan aku. 
Semuanya kena berpandukan buku guidance yang Allah beri pada kita.

Apa-apa pun Alhamdulillah Allah hadirkan insan-insan seperti ini untuk menduga aku. Dengan cara inilah, kekuatan aku terbina.

Aku pernah sahaja meluahkan masalah aku pada insan-insan di sekeliling aku. Tidak semua yang memahami apa yang aku rasa. Aku kecewa.

Bait lirik lagu "redha" tiba-tiba bermain di kepala.

*Mengapa harus kita rasa kecewa
Sedangkan Tuhan lebih mengetahui
Apa yang terbaik untuk makhluk-Nya
Bukan ditakdir untuk menyiksa

Biarpun nikmat terasa berjauhan
Namun jiwa bagaikan tiada sempadan
Itu yang terbaik bagi setiap insan
Saling memahami
Redha dengan kehendak Ilahi

Tiada lagi tempat aku untuk aku bergantung, kecuali Allah SWT. Yang Maha mengetahui segalanya...Hanya Dia yang betul-betul faham hati Hambanya. Allah tidak akan menguji  di luar kemampuan kita.

Allah jadikan kita makin kuat dengan mendatangkan ujian kecil ini.

Lastly, girls...
Jadilah perempuan yang tegas dengan kaum adam.
It starts with us.

Kalau kita turutkan sahaja kegiatan jahiliyah yang berlaku. Dan harapkan mereka hentikan arus deras jahiliyah tersebut? Dalam mimpi...Lambat.. 

Kita yang kena bertindak dulu.


Kalau kita yang menanam akar maksiat, mereka dengan mudahnya menyuburkan  pokok yang menghasilkan buah yang buruk sekali.
Kalau kita yang menanam akar ketaatan, mereka dengan mudahnya turut menyuburkan pokok yang menghasilkan buah yang baik sekali.


Erk, boleh terima analogi macam ni? 



Thursday, August 24, 2017

Baju paling branded !

Seriusly, baju ni tidak semua mampu sarung.
Susah..Hanya orang kaya sahaja yang mampu.
Tapi, sayangnya ramai tidak terkejar-kejar untuk menyarung baju branded ini.
Jenama pakaian tersebut adalah Akhlak .

Siapa mampu menyarungnya? πŸ’–


Akhlak adalah ciri penting dalam kepimpinan Islam kerana Rasulullah SAW diutuskan adalah untuk memperbaiki akhlak manusia. Daripada Abu Hurairah r.a bahawa  Nabi SAW berkata :

"Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya." (HR At Tirmidzi)

Nabi Muhammad SAW memiliki akhlak yang sangat mulia.
Pada zaman baginda, ada seorang orang arab Badwi berminat dan tertarik dengan kejujuran, akhlak dan teladan baginda. Arab Badwi ini ingin mengetahui secara langsung tentang akhlak baginda melalui para sahabat yang paling rapat dengan baginda.

Maka, orang arab Badwi pergi menemui sahabat rapat baginda iaitu Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a kerana yakin dapat menjawab kenginannya untuk mengetahui akhlak baginda. Apabila tiba di rumah Sayidina Abu Bakar, dia pun bertanya "Wahai Abu Bakar, bolehkah engkau menceritakan kepadaku bagaimana akhlak dan teladan Nabi Muhammad SAW?"

Abu Bakar menangis dan menjawab "Wahai sahabat, jika engkau ingin tahu bagaimana akhlak dan teladan nabi, kau bertanyalah kepada Umar Al-Khattab r.a kerana dia orang yang tahu tentangnya.". Maka, si arab Badwi pergi ke rumah Sayidina Umar r.a.

Pertanyaan yang sama diajukan.Lantas Umar pun menangis  dan menjawab "Wahai sahabat, jika engkau ingin tahu bagaimana akhlak dan teladan nabi, kau bertanyalah kepada Sayidina Ali r.a kerana dia orang yang paling  tahu tentangnya."

Kemudian, si arab Badwi pergi menemui Sayidina Ali. Apabila sampai di rumahnya, arab Badwi menceritakan apa yang dilakukannya oleh Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar. Beliau meminta Sayidina ali menjawab persoalan itu. Maka , Sayidina Ali menjawab sambil tersenyum. "Hai sahabat, akau akan jawab pertanyaanmu . Tetapi aku mempunyai syarat untuk kamuharus lakukan." Si arab Badwi bersetuju.

Sayidina Ali berkata "Cuba engkau terangkan bagaimana indahnya langit dan bumi?'

Si arab Badwi berfikir sebentar untuk menjawab soalan tersebut tetapi beliau menjadi bingung dan tidak dapat menyatakan sesuatu  kepada Sayidina Ali.

Sayidina Ali berkata "Jika air laut dijadikan dakwat, kemudian manusia dan malaikat diminta untuk menulis akhlak dan teladan Nabi Muhammad SAW, maka tidak habis untuk menjelaskannya." Maka si arab Badwi berasa kagum dengan jawapan Sayidina Ali dan akhirnya beliau memeluk Islam.

Jadi, apa yang dapat saya simpulkan daripada cerita ini, dakwah boleh juga disampaikan secara non-verbal. Melalui tertib, tingkahlaku kita.. melalui perbuatan kita..  Omputeh kata Seeing is believing...

Why not, kita yang jadi ikon muslim? But how? 

3A: Akhlak, Adab dan Amalan

Akhlak: Perbuatan yang meletakkan Allah sebagai prioriti atau keutamaan
              ( everything must me lillahita'ala)

Adab: Tingkah laku ketika berada di sesuatu situasi.

Amalan : Perkara kebiasaan.

3 elemen ini harus bergerak seiringan supaya lahirnya duta yang bercirikan muslim. 

Mungkin ada juga di kalangan  member  kita kata " Alahhh, kita muda lagi kot. Kita patut enjoylah! Have fun. Tak payah lah serius sangat.. Ingat senang ke nak jadi baik ni. Nanti orang kata hipokrit! Tak payah la jadi baik sangat.Zaman sekarang lain, dulu lain.. Lagipun, beban tau nak jadi orang baik ni.."

Jawapan : Thats why saya kata tadi, pakaian akhlak ini mahal. Tidak semua mampu menyarungnya. Kerana ia eksklusif dan tersendiri. Orang yang kaya dengan kesabaran dan ketaatan sahaja mampu menyarungnya. Pakaian inilah yang mampu membawa kita ke syurga. Bukan sahaja indah di mata manusia. Malah indah di mata Allah. Hmmm tentang hipokrit pula... Jika kita melakukan sesuatu yang berlawanan dengan baik, maka itulah sebenar-benarnya hipokrit. Kerana memang fitrah manusia suka akan kebaikan. Awak suka ke orang cakap maki-maki , mencarut sepanjang masa ? Tidak sedap didengar bukan? 

Semoga kita beroleh pakaian ini ;)

Rujukan : Majalah GenQ & jadi Pemimpin Hebat (Dr. Yazid Abdul Manap)




Nota kaki: Aku patut sedar. Aku sudah tiada masa untuk bersenang lenang. Aku patut sedar dan seharusnya bersyukur disebabkan perjuangan Nabi SAW dan sahabat baginda, aku beroleh nikmat Islam dan nikmat iman ini. Impian aku, supaya aku mampu menjadi penerus perjuangan Rasulullah SAW. Banyak perlu digali, banyak perlu dikaji, banyak perlu dipelajari dan difahami.. Jangan kau jadi tin yang kosong ...








Tuesday, June 13, 2017

Ibrah Cik Promoter




Semester break sudah bermula..Dua bulan tau aku cuti! Mereput lah nanti...Pffttt.
Fikir punya fikir. Aku listkan aktiviti yang aku dah lama teringin nak buat. 


                          πŸ’– Belajar berkuda
                            πŸ’–  Belajar berenang
                                 πŸ’– Belajar tajwid ( Tajwid kau teruk Diana!!)
                                       πŸ’– Kerja (Tapi kena jaga adikk Hmmm) KIV-KEEP IN VIEW

 Itulah senarai aktiviti yang aku teringin sangat nak buat. Alhamdulilah, setelah bertahun tahun lamanya aku tangguh  nak buat semua ni, akhirnya sempat belajar tajwid dan kerja. Haaaaaaa ...Tapi aku belajar berenang sampai hari terakhir bulan syaa'ban. 

Sebab apa? Sebab lepas itu, aku pulang ke kampung di Pahang. Yelahkan, nak kasi mood Ramadhonnn tu datang. (Ada ke orang belajar berenang siang-siang hari bulan puasa? kahkahkakahakhak uhuk uhuk)

Eh apa kaitan promoter dengan cerita balik kampung aku?
Ha meh sini nak cerita. Aku ni boleh dikatakan kaki whatsapp juga la. (Jakun gais. First time dapat smart phone from my daddy! Uhuks!)
Sedang aku syok dan kusyuk melayan story whatsappers lain. Suddenly, terbaca notis..
 πŸ’–Kerja kosong- Promoter-Part time-Urgent. πŸ’–

Secara spontan, aku PM akak tu. Dann akhirnya aku jadi promoter.

Dunia Luar

Aku kini, berada di dunia luar rumah. No more lazy habits routine. Berinteraksi dengan orang luar (strangers). Sentiasa memaniskan muka (Muka aku engkek sikit) . Membuat kaca mata pandangan aku makin meluas. Dan agak terseksa dengan peraturan pakaiannya . Kenapa kena masukkan tudung dalam baju? Kita kan kena labuhkan tudung ? erghhh. Peraturan manusia 😟
Nasib baik, tak perlu tight in baju. Ada la juga beli baju last minute, langsung tak teringat baju sekolah lelaki boleh dipakai untuk kerja...Belilah juga kemeja perempuan yang paling besar (but still tak selesa! Esoknya aku ikhtiar pakai kemeja putih  daddy aku (baru teringat gais). Selesa gais! Baju yang aku mula-mula beli tu aku akan pakai dengan seluar slack yang yang loose sikit. Pakai bila nak basuh baju ayah aku. Aku dah cuba Allah ... 

          " Ya Allah, kau ampunilah dosa hambamu ini . Peliharalah aku Ya Allah"

Luahan kenalan baru 

Ini adalah antara kata-kata yang sentiasa berada di benak fikiran aku dan respon aku sama ada dalam fikiran AKA secara batin atau yang diluahkan secara zahir (yang bold sahaja)

 πŸ’¬ Buat apalah nak bagi budak-budak pakai tudung dari kecik? Baju muslimah bagai tu. Membazir! Mahal tau baju muslimah tu. Baik  beli baju biasa...

πŸ’­ Eh , Akak tak tahu ke  Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Eh husnudzon-husnudzon. Maybe akak ni memang tak berkemampuan kot. Lagipun, kanak-kanak masih tidak wajib menutup aurat.
" Lainlah orang yang mampu kan akak?" Akak tu angguk setuju. Lega aku.

πŸ’¬ Aku tak pandang lah orang beragama ni. Orang beragama ni bodoh kau tahu?! Kau pergi haji, tapi hati hitam buat apa??Ada jiran  mengata aku , pemakaian aku. Akak takkan terima lah kalau teguran yang menyakitkan dan kasar. Ahh lantak kau lah, janji aku tak kacau hidup diorang. Makcik akak pun pernah tegur, Sakit hati .. Akak tak leh terima. Terasa hati gila.
 Atuk akak kan, pernah je tegur akak . Dia bawa ajak akak keluar tiba-tiba..Akak pula blur. "Atuk nak bawa kita p mana?" Atuk akak kata "Kamu tu pakai tak cakap kain..." Lembut katanya, tapi makan dalam. Atuk akak suruh solat. Akak bangun, tapi pergi tidur balik. Geleng kepala atuk akak. Haha

πŸ’­ What?! Orang yang bergama orang yang berakal lah akak! Terkejut aku...Rasa  terkilan bila dengar.
Owh... akak ni sedar dia tak tutup aurat dengan sempurna..Hmmm, aku tak pernah pula nampak akak ni ke surau .. Cuti kot? Husnudzon Diana. Kau bukannya baik sangat. Aku tak boleh salahkan akak ni juga. Kadang-kadang sesetengah masyarakat kita suka menghukum bukan menegur secara berhemah.. Aku pun kena belajar banyak teknik menegur.. Kena baca sirah nabi ni! Belajar cara nabi menegur dan  berdakwah secara halus dan lembut .. "Kalau saya pun tak boleh terima akak" balas aku pada akak tu..


πŸ’¬ Eh kalau kau nak kata kau bergama, kau keturunan imam masjid ke apa ke.. Atuk akak ulamak kau tahu? Akak tak sama macam atuk akak. Akak gini je. Biarlah orang nak kata akak tak cukup kain ke apa ke..Kau sibuk nak bangga dengan keturunan kau..

πŸ’­ Akak tak sayang ke atuk akak? Tutuplah aurat kak 😟 . Betul tu kak. Setuju. Mana boleh berbangga dengan keturunan kita... Kau keturunan raja ke apa ke.. Kita semua sama di mataNYA.
"Yelah, iman tak dapat diwarisi..Biarlah ayah kita baik setara mana, anaknya tak semestinya baik macam ayahnya..." balas aku .

Sambil- sambil aku melipat kain.. Aku fikir kembali apa yang telah dikatakan oleh akak tu. Aku bermonolog sendirian .."Akak ni , hatinya sudah keraskah untuk menerima teguran? Dia tak kisah langsung ke pasal aurat? Ya Allah, kau lembutkanlah hatinya. Aku hanya mampu berdoa. Aku tiada kuasa untuk menegurnya"

Aku lihat akak itu.. Aku senyum.. " Sekurang-sekurangnya dia bertudung. Bukannya, berpakaian menjolok mata, cuma tidak sempurna sahaja dari segi penutupan auratnya"

Aku hanya doakan dia dalam diam.. Diam itu juga mutiara bukan?
Teruskan berbuat baik.. Tunjukkan kelakuan yang mulia. Raikan dia ..Buktikan, bahawa orang bergama itu tidak bodoh! Jangan jadi penghukum.. Jangan menghina.. Jadi penunjuk . Jadi orang yang memimpin.

Ibrah Cik Promoter 🍩








Monday, May 22, 2017

Define Heart | Pengertian Hati



Maksud perkataan hati adalah / The meaning of hati is
central part , careful , liver , heart 
Rujukan :http://mykamus.com/free/2010/09/hati/

Gambar ni, sis yang tangkap (Bangga)

Hati amat diperlukan oleh manusia.. Kan?
Dalam kitab Imam Al-Ghazali iaitu Ihya' Ulumuddin menceritakan kemahuan hati. Yang dikatakan kemahuan hati atau kecenderungan hati itu ialah mencintai Allah, mengenal Allah dan beribadah kepada Allah SWT. Dan juga kecenderungan hati ialah berhikmah. (Hikmah  merupakan gabungan = Ilmu+Amal+Akal+Jiwa). ---> Yang membuatkan semua kelakuan kita betul dan menghindarkan diri dari membuat kesalahan.

Semua kecenderungan dan kemahuan hati itu adalah sifat semulajadi yang juga merupakan perintah Allah SWT . Hati kita cenderung untuk mengenal Allah, beribadah pada Allah. Ada dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran 

"Bukankah aku ini tuhan kamu? (Roh menjawab ) , Ya, bahawasanya kami naik saksi bahawa Engkau adalah Tuhan kami."  (Surah Al-Araf:172)
Perkara ini sama diumpamakan  macam kita rasa ingin makan dan minum. Perasaan itu juga fitrah yang ada pada manusia sejak dilahirkan ke dunia. Fitrah tidak perlu dipelajari. Untuk makan dan minum, kita tidak perlu diajar. kan? Yelah. Macam tak biasa. Bangun pukul 10. Turun terus ke dapur . Langsung tak dihirau orang lain. Huhu. Yelah, perut laparkan? Dahla bangun lewat, tak tolong di dapur. Bangun-bangun, teruih cari makan. Bertuah punya anak dara/teruna..Makan pula, tak diajak orang lain.Haha. Apa pun tak boleh.

Jadi, di sini kita dapat faham bahawa rasa untuk mengenal Allah SWT (Tuhan) dan menyembah Allah SWT itu tidak perlu dipelajari. Cuma perlu tahu bagaimana untuk mengenal dan menyembah Allah SWT. Samalah juga macam rasa nak makan dan minum. Itu tak perlu dipelajari, tapi cara untuk mencari dan memasak makan dan minum perlu dipelajari .

Hati , Raja kepada anggotanya

Kita dah faham , apa maksud hati semua blablabla.. Tapi, kita dah mula bosan dan jemu untuk beribadah kepada Allah SWT. Kenapa?

Moh ler kita cari punca :)

Dari sebuah sabda Rasulullah SAW bermaksud,
"Dalam diri manusia ada seketul daging, apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badan manusia. Jika seketul daging itu rosak maka seluruh anggota badan manusia itu rosak. Itulah dia hati."
Sifat-sifat terpuji, datangnya dari hati yang baik. Hasilnya, selurah anggota badan kita melakukan sesuatu yang menghala ke arah kebaikan. Kalau hati jahat, sebaliknya . Dan setiap kejahatan itu dimurkai oleh Allah SWT..

Hati-hati yang baik, ada tertanamnya sifat-sifat mahmudah yang membuka pintu-pintu syurga.


"Ya Allah, peliharalah hati ini Ya Allah, supaya terbukanya pintu-pintu syurgaMu buatku. Supaya aku dapat merasa nikmat syurgamu meskipun aku tidak layak." 


Judul Buku : Penawar Bagi Hati | Ummu Aisyah

Wednesday, May 3, 2017

Manusia Yang Pasif

Kalaulah mata aku macam minah anime ni.. Err, menakutkan..

Sejak dari zaman sekolah rendah sampailah sekarang, aku jumpa dengan ramai manusia yang bersikap pasif. Pada pandangan aku, manusia yang pasif ni agak annoying juga. Kenapa? Mereka ni berkelakuan macam robot. Ikut sahaja ...Langsung tidak menyuarakan pendapat dan meluahkan emosi. Mungkin dia lebih berminat untuk share di sosial media sahaja tentang perasaannya.

Kau Manusia Bukan Robot

Ya ya ya. Kita dah besar, perlu jadi matang. Tetapi kadang-kadang tak perlu berlagak jadi matang dengan memilih jalan untuk senyap, tetapi diluah di dalam media sosial.

Kalau betul la kau tak percaya sesiapa untuk luahkan masalah kau, kau tak perlu luahkan perasaan kau di sosial media. Bukankah mereka-mereka yang act as your followers or your friends juga manusia?

Tak..Bukan aku maksudkan tak boleh langsung ekspresikan rasa sedih, kecewa, gembira dalam sosial media. Tetapi, ikut situasilah brader/sis . Status kau buat orang rasa suspicious dan boleh mencetuskan fitnah serta gosip . Dan mungkin juga apa yang kau rasa itu, semuanya hanyalah salah faham. The point is , isu yang orang luar tak tahu, pun boleh jadi tahu.

Itu kes lain ya. Kalau macam kes, dah slowtalk   secara  face to face . Tetapi orang itu masih tak faham dengan apa yang kita tak senang, maka saya tidak begitu hairanlah mengapa tercetusnya status-status jiwang karat . Tetapi jalan yang lebih baik berdoa sahaja pada si pemiliknya . Jangan sampai ukhwah hancur weyh. Seksa rasa.

Jangan jadi BOB ! (Amaran keras)

Manusia yang pasif ni juga orang yang jenis BOB (Buat orang bersalah ) bab kata mat lutfi.

Kononnya nak jaga hati, acah sado.. Tetapi tindakan kau sama je, tetap membuat kawan kau terasa hati.  Lagi-lagi status atau tweet atau story kau memang terlalu jelas siapa yang kau maksudkan . haha . Lagi jelas, dengan cara kau melayan kawan-kawan kau.

Kawan-kawan ni pula terkontang-kanting "Weyh , apa salah aku?" "Bila tanya, kata takde apa-apa."

Susah untuk handle orang macam ni. Macam mana dia nak hadapi masalah ni dalam apa-apa organisasi? Rakan sekerja buat masalah, langsung tak diluah. Silap hari, boleh jadi hyperstress. Bagaimana pula cara dia tangani perasaan dia dalam rumah tangga? Suami/Isteri buat sesuatu yang tak menyenangkan hati. Langsung tak diluah. Bila ditanya , digeleng. Action speak louder than words okay?

How to handle this kind of people?

Pada pendapat aku, orang sebegini kita jangan layan sangat. Nanti, kita pula yang serabut fikir dengan masalah buatan sendiri . Haha . Apa yang kau boleh buat, doakan dia supaya dia dilembutkan hati, ditenangkan pemikiran.

Maybe cara nak tegur orang sebegini dengan luahkan apa yang kau rasa terhadap orang yang perangai sama macam dia . Maksudnya, kita seolah-olah menjadikan dia tempat luahan dan pendapat. Dengan cara ini, insya Allah cara pemikiran dia bertukar.

Prosesnya mungkin lambat, tetapi insya Allah menjadi.

Bawa bersabar lah ya?
Semua manusia tak sempurna. Aku pun tak sempurna.

Tetapi apa salahnya kita mengejar kesempurnaan di mata ALLAH? hehe

DIRECTOR of our life

Aku lihat drama-drama yang disiarkan di kaca televisyen. Sungguh rumit sekali.  Sakit kepala , tekanan mula menerpa minda. Hishhh..
Tidak berpuas hati dengan jalan cerita tersebut...

...


Adakah aku rasa benda yang sama terhadap kehidupan realiti aku?
Layakkah untuk aku tidak berpuas hati dengan lembaran cerita hidup aku?

Setiap kehidupan manusia ada cacat celanya

Aku lihat dia , berwajah manis lagi ceria. Pakaiannya sungguh bergaya, mengikut  fesyen semasa. Ramai yang ingin berkawan dengannya. Bila-bila masa sahaja dia boleh meronda , shopping ,go to the cinema, karouke dan aktiviti hiburan seumpamanya. Sungguh bebas umpama burung yang terlepas dari sangkarnya.

Namun di sebalik wajah yang ceria dan gaya hidup yang full of fun ada cerita sedihnya. Ketika dirinya inginkan perhatian si bapa dengan menunjukkan lukisan comelnya, tidak terbalas dengan apa-apa kata. Ketika dirinya inginkan pujian si ibu untuk masakan pertamanya, tidah diendah juga apatah lagi mahu dirasa. Ketika dirinya menghadapi masalah di sekolah, tiada siapa yang bertanya. Ketika dia cemerlang dengan pelajarannya, penghargaannya di mana?

Dia ada sahaja hatersnya. Ada masa, aku terdengar orang mengatanya. Ada masa, aku melihat dia membuli rakan sekelasnya. Ada masa , aku melihat dia bergaul sebebas-bebasnya. Tiba-tiba perumpamaan burung yang terlepas dari sangkar bertukar menjadi pandangan dari sudut negatif.

Dia umpama burung yang terlepas dan bebas. Tetapi dia jugalah burung yang tiada hala tujunya...

Allah lah sebaik-baik  dalam memberi keadilan.

Dan mungkin sahaja kritikan kita terhadapnya begini "Dia tiada peluang untuk hidup bahagia" "Dia dah rosak!" "Kehidupannya musnah!"

Cepat! Buang sangkaan begitu. Buang ia jauh sejauhnya.
Kerana setiap kehidupan manusia ada cacat celanya. Dan bersama cacat cela itu, Allah sembunyikan hikmah dan kebahagiaan di sebaliknya. Semua manusia itu Allah uji secara adil dan mengikut kemampuam hambanya.

Siapa kita? 

Kita adalah musafir , kita juga pengembara , kitu juga tetamu, , kita juga seorang yang miskin. Kerana tiada apa di dunia ini milik kita. Malah diri kita juga milik sang pencipta.

Berjalanlah kamu di muka bumi . Mengumpul bekalan untuk ke syurga. Mengembaralah kamu di dunia. Menepis segala sengsara dengan keimanan di dada . Semoga syurga destinasi akhirnya. 
Jangan kau angkuh dengan kebahagiaan kau, Jangan kau mengeluh dengan dugaan yang menimpa kau. Ketika kau bahagia, sebarkan. Ketika kau menderita, endahkan.

Letakkan 100% pergantunganmu kepadaNya..!!!

Director of our life



Wednesday, April 19, 2017

YASNA MALAIKA : Langkah pertama

Nama aku Yasna Malaika. Yasna bermaksud mawar putih , manakala Malaika pula bermaksud malaikat as in english pula angel . #gitu

 Ibu dan Abah aku selalu berkata "Your my angel , baby." menandakan betapa sayangnya mereka kepada aku. Bagi mereka, aku membawa cahaya kepada kehidupan mereka. Ibu juga ada sebut "Kamulah anak syurga ibu".  Mendalam maksudnya ..







5 tahun~*


Aku masih ingat lagi di hari pertama abahku mendaftarkanku ke sebuah tadika yang berdekatan dengan rumah flat kediaman kami. Jelas terpancar cahaya kegembiraan pada wajah  seorang Abah. Dia melihat anak sulungnya bakal menuntut ilmu di sebuah tadika yang menjadi pilihannya. 

Matahari perlahan-lahan naik menunjukkan dirinya. Embun pula menyapa pipi gebu si anak kecil yang enak tidur. Sejuk .Sekumpulan burung mula bernyanyi. Mereka berzikir barangkali? Indah bunyinya. Lagi enak aku tidur. Aku sedar, tetapi kelopak mataku masih berat untuk dibuka. Ibu pegang bahuku lalu digoyang lembut. " Kakak. Kakak. Bangun, pergi sekolah."

Aku mula merengek. Aku mengantuk! Perlahan-lahan ibuku menarikku bangun dari tempat tidur yang empuk. Ibu memegang tanganku lalu dibawanya aku menuju ke sinki dapur. Ibu membasuh mukaku. Aku? Aku masih menangis . Ditariknya lagi aku ke ruang tamu lalu terus meletakkan diri aku di atas lantai .
Ibu mula memujukku untuk menyiapkan kerja sekolah. Kerja sekolah tersebut hanyalah sekadar melatih aku untuk menulis abjad dan nombor. Aku nangis. Ibu kata " Tidak mengapa anakku. Mari kita siapkan sama-sama ya". Ibu memegang tangan anak kecilnya lalu digerakkan tangan anaknya untuk menulis huruf  'C' .

"Sikit lagi kakak. Okay, dah siap! Goodjob! " - Ibu

Itulah langkah pertamaku yang didorong oleh insan bergelar ibu. Itulah jalan pertamaku yang dibuka oleh insan bergelar abah. Jika aku dibiarkan tidak berpelajaran dan tidur, masakan aku bisa berbicara lagi petah dan menulis dengan mudah seperti hari ini?

Alhamdulillah..










Friday, February 3, 2017

Tissue dalam mesin basuh

"Fuhh...Jomlah yani aku dah kenyang." Kata si Zicoo sambil menggosok perutnya yang dah hmmm..(malu2). "tuulah, aku pun ndak larat sudaaa"
Terus kami sehati berdansa zupp zapp bersiap! "Ayuh ke dobi!" Jerit si Zicoo .
Yelakan.. Aku dan Yani penat kemas rumah yang bersepah  macam.....nauzubillah!
Seminggu tinggalkan rumah untuk cuti midsem.

"Eh Yani, kau kunci pintu, aku start engine dulu ya?"
" Ba Ba Ba" Kata si gadis Yani yang berasal dari Sabah...
Aku ingat dia nak mula nyanyi "Kenapa bah kau berubah kenapa bah"
lagu yang dipopularkan oleh Stacy tuu..kwang3

Engine kereta sudah dimulakan..Seat belt siap pasang! 3 Baldi milik kami dah siap letak dalam bonet. Lalu terus pergi ke Dobi Mudah yang sememangnya memudahkan kerja orang . Thanks for the free WIFI broh!
Kami pun sampai.. Usung la semua baldi ke dobi tu. Siap sumbat baju, isi syiling, tekan butang start.
"Done! Moh ler kita duduk " Si Zicoo dan Yani terus duduk. (perghhhhhhh penat nyah oi)

Masa aku duduk, kelihatan 3 orang makcik dan seorang anak kecil dalam lingkungan umur 3 tahun (teka si zicoo) yang duduk di kerusi barisan hadapan aku .
"tet tet tet" Tiba- tiba salah seorang makcik di hadapan aku, bangun . Dia berjalan ke arah mesin basuh yang dia gunakan. Makcik tu buka perlahan- perlahan. Mungkin bimbang kain-kainnya jatuh.
"Wey lahhh hoooooooo.... Banyok tissue nieh..Anok ttino punya kkijo la nieh. Tak dop oghe lain doh..."
Bebel makcik .

Aku terus tersenyum, teringat bebelan ibundaku.Sama! Hahaha . Akulah yang selalu letak tissue dalam poket. Kalau bukan aku, ayah aku. Hehehe Bapak Borek Anak Rintik. Bila ibu ingin jemur kain, bukan sahaja tangannya bergerak, Malah mulutnya sekali tidak henti-henti bebel. RINDU IBU.

                                                                         

 ///


Ibu Ayah. Bukan milik kita ..Mereka adalah milik Allah . Mereka berdua dipinjamkan kepada kita untuk sementara sahaja. Suatu hari nanti, kita akan hidup tanpa mereka, Kita berdiri di atas kaki kita sendiri. Tiada lagi ibu ayah untuk kita adukan rasa sedih.

Syurga kita di bawah telapak kaki ibu. Ingat, dia yang mengandungkan kita selama 9 bulan 9 hari !
Jadi, sebagai anak yang soleh dan solehah, kenanglah ibu ayah  anda-anda semua dalam doa selalu.
Mungkin sekarang kita bosan dengar bebelan dari ibu kita. Tapi kita akan rindu semua bebelan itu akan datang. Semua masalah , kita kena hadapinya sendiri. Semua masalah, solusinya kita fikirkan sendiri..
                                                       

///



Aku diam.. Tidak mengeluarkan sepatah kata. Aku layankan sahaja televisyen yang berada di hadapan aku. Seolah-olah aku tidak kisah ibu abah aku akan pulang ke selangor.
Ibu Abah sudah siap aku salam, Huhu. Beri mereka ruang untuk bersalam dengan saudaraku dan nenekku. Leka sangat tengok cartoon "Spongebob Squarepants" sampai tidak sedar ibu abah aku sudah bertolak. Aku lihat kereta estima putih berlalu pergi. Terus aku masuk ke bilik.
Mata aku sudah mula ditakungi air. Sedih ( Sungguh cengeng sekali)

Aku cuba pujuk hati dengan pulang awal ke rumah sewa untuk sibukkan diri dengan assignment yang tertunggak tidak siap. . Ramai saudara sudah pulang ke rumah masing-masing. Kalau duduk di kampung, rasa sunyi sepi dan sayu sahaja


Cepat mengalah dengan karenah orang yang tidak patut dilayan.
Berserah sepenuhnya pada Allah.
Redha dengan atas ketentuannya.
Tenang dalam hadapi segalanya..

Itulah yang membuatkan kita semakin matang..



Labels

Bobblehead Bunny