Friday, November 18, 2016

Luahan yang tersimpan 2

Semester 2

"Semester baru, semangat baru! " kata hati aku. Silap aku, aku begitu selesa dengan keputusan Semester 1 yang telah diraih. Aku fikir dengan strategi yang sama , cara yang sama aku dapat capai target aku untuk Semester 2.
Kita hanya merancang, Allah yang tentukan.
Semester 2 aku diberi amanah untuk menjadi salah satu anggota Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) . Siapa sahaja yang suka kalau diri diberi amanah yang begitu berat sekali. Apatah lagi untuk aku yang beginners . Dan Allah izin, kesihatan aku ketika itu terjejas yang menyebabkan aku hilang fokus dalam pembelajaran. Aku mudah stress. Aku selalu diserang migraine , rasa lemah  dan tidak bermaya. Ditambah pula dengan konflik aku dengan kawan.

Markah test aku tidak setinggi seperti semester 1 dahulu. Aku tertekan, kerana aku selalu mengulang kaji. Mengapa markah aku masih rendah :'(

Aku sedih... Rasa tiada tempat bergantung.
Ramai yang tegur aku oleh kerana air muka aku yang jelas terpancar yang menyatakan aku sedang bersedih dan tertekan.

Aku muhasabah diri semula...
Kenapa aku tidak bahagia...

Kunci kebahagiaan adalah hubungan antara hamba dan Rabbnya yang kukuh.

Final semakin menghampiri, tetapi masih belum terlambat untuk aku perbaikinya. Aku teruskan usaha last minute aku.

Keputusannya
.
.
.

Alhamdulliah, tiada paper yang perlu aku repeat. Semua lulus. Alhamdulillah 3x

Tetapi selepas aku tahu keputusan aku, aku menangis. Bimbang kecewakan ibu bapaku..
Syukur, ketika itu ada lecturer yang memberi kata-kata semangat kepada aku :)

"The harder you fall, the harder you bounce"


Nota kaki :-

Jangan sentiasa berada di zon selesa . Sentiasa optimis bila hadapi sebarang masalah. Jangan mengalah, selagi perjuangan belum selesai. Apabila awak ada komitmen, awak perlu bijak lagi mengurus masa. Lain situasi, lain strategi tau! Jaga kesihatan , kesihatan itu anugerah Allah . Sentiasa hubungkan diri dengan Allah bila hadapi sebarang masalah. Luah pada manusia, leganya sementara, tetapi pada yang Maha Esa, Masya Allah :) You'll never know until you try it !

Insya allah, jika jasad masih dikandung badan.. Cerita semester 3 pula ;)


Tuesday, November 15, 2016

Luahan yang tersimpan 1

Cuaca di luar agak mendung..
Awan  yang tebal dan hitam mula melepaskan cecair-cecair rahmat ke bumi..

Pejam celik pejam celik, tamat sudah sesi pengajian semester ke-3  di bumi tarbiyah iaitu KTD. Sekarang , sedang menghabiskan masa-masa bersama family  tercinta.

Sepanjang semester 3 banyak payah jerih yang diri ini telah lalui. Malah makin mencabar daripada semester 1&2 . Bukan sekadar dugaan dalam akademik, malah melibatkan kawan, emosi, perasaan dan lain. Betul-betul menguji fizikal dan mentalku. Pernah sahaja aku menangis seperti anak-anak kecil. Banyak yang aku belajar. Aku belajar untuk menjadi kuat, sabar dan tenang apabila sebarang musibah berlaku.

Semester 1
Sebelum membuat keputusan untuk ke KTD, aku lakukan solat istikharah bagi mempersiapkan hati.
Aku berazam, mahu tinggalkan segala jahiliyah yang ada pada diriku. (Siap beli 3 tudung labuh bidang 60!!!) ..Aku mahukan suasana yang mendidik aku yang mempengaruhi aku ke arah kebaikan. Lalu, KTD menjadi pilihan aku.

Tudung labuh berwarna cerah diletak cantik atas kepala (where else kan...) Berbaju kurung seperti gadis melayu terakhir. Muka seorang bakal mahasiswi yang begitu innocent dan nervous. Perasaan hijrah dalam diri begitu mara hendaknya! Hehe.
Itulah aku lakukan semasa mula-mula mahu menjejakkan kaki ke bumi tarbiyah KTD. Secara jujurnya, itu bukanlah cara pemakaian aku di luar. Lagi-lagi bertudung labuh, berwarna cream cerah pula tu?!( kod pemakaian pendaftaran bertudung cerah)...

Teruja melihat semua mahasiswi yang bertudung labuh, dalam hati (aku nak jadi macam mereka!)

Selesai saja sesi pendaftaran, aku dihantar oleh ibu bapaku ke asrama yang terletak di Taman Tanjung Chat. Ia terletak di kawasan perumahan. Bilik asrama aku berkonsepkan macam dorm sekolah. Aku tiada pengalaman bersekolah di sekolah asrama. Jadi dalam kepala, tak letakkan jangkaan yang tinggi pada asrama. Contoh, selesa duduk di asrama sama dengan selesa duduk di rumah.

Hari kuliyah bermula..Aku berniat untuk belajar bersungguh-sungguh! (semangat budak freshie).
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar diiringi doa ibu bapa dan orang tersayang di sekelilingku.
Aku dapat rasa, semester 1 aku betul-betul struggle. Dan aku salah satu pelajar yang dekan.
Aku bersyukur sangat dan ada juga rasa terkejut (biar betul aku dekan). Atas pagar je pointernya huhu.

Alhamdulillah...

cerita sem 2 to be continue



Nota kaki: - Ingat semula niat kita untuk masuk ke kolej.. Ingat semula betapa susah mak ayah kita yang sanggup hantar kita jauh-jauh. Yang sediakan segala kelengkapan pada kita dengan harapan anaknya berjaya suatu hari nanti. Ingat semula, betapa susahnya mak ayah kita mencari rezeki untuk kita belajar dengan selesa.









Friday, September 30, 2016

Comeback: Khabar

Halu halu halu Assalamualaikum guys and girls.
Good "whatever time" when youre reading this! :)



Bak kata auntie jiran sebelah, "Long time no see maaa". 
And yeah.. here i am!
Currently busy with my final assignments and dealing with migraines!
Lately, many of  my collegues are not in a good health.
Phiuhh .. Its not that normal disease. Its Dengue Fever gaiss!!
May Allah grant them Shafa and a speed recovery insya Allah!

We went to Hospital Raja Zainab 2, KB lastweek 
for having a check up.Unfortunately, me, haryani and mimi having a fever. 
And our temperature body was 39'C. 
So, the doctor ask us to go the lab for having a blood test, 
since the symptoms that shown were one of the symptom of Dengue.

Alhamdulillah, non of us were positive dengue. Thank goodness!

Final Exam is around the corner.
May Allah ease....



Orang yang sedang jatuh sakit berkewajiban untuk rela menerima ketetapan Allah, bersabar menghadapi takdir-Nya, dan berprasangka baik kepada-Nya. Semua itu akan lebih baik baginya.Hal itu sebagaimana pernah disinggung Rasullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dalam sabdanya,
عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله خير وليس ذاك لأحد إلا للمؤمن إن أصابته سراء شكر فكان خيرا له وإن أصابته ضراء صبر فكان خيرا له
“Sungguh mengagumkan urusan orang Mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik , dan hal itu tidak dimiliki oleh siapapun kecuali orang Mukmin. Jika dia mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, dan demikian itu lebih baik baginya. Jika ditimpa kesusahan, dia akan bersabar, dan demikian itu lebih baik baginya.” (HR. Muslim, al Baihaqi dan Ahmad )




Labels