Followers

Wednesday, November 22, 2017

WARDROBE GOALS ?

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, sekarang sedang menuggu diri ini untuk melangkah ke alam internship. So soon.
Doakan yup? Jadi, cuti-cuti ni biasalah. Saya  memang serabut + annoyed dengan wardrobe  sendiri. Messy sangat dan sangatlah tidak tersusun . Almaklumlah, selama ni duduk di rumah sewa. Kerja asyik angkut dan tukar-tukar baju ke rumah sewa bila cuti semester tiba . Hasilnya, dapatlah almari yang bersepah 💢

TO DO LIST TO ACHIEVE WARDROBE KEMAS :

1) Keluarkan semua shawl, blouse, baju kurung, sweater dll👕👖👗👚👘
2) Asingkan mengikut kategori
3) *Lipat semula (Ikut kesesuaian almari encik/cik semua)                                                                       Kalau almari kecil boleh cuba search di youtube cara-cara lipat baju bagi maksimakan lagi ruang   almari.
   * Untuk baju yang perlu letak di hanger. sangkut kemas- kemas (rujuk gambar selepas) 
4) Kemudian, isi lah di mana ruang-ruang kosong mengikut KATEGORI dan WARNA





ALAT UNTUK MEMBUAT BAJU ANDA LEBIH TERSUSUN. 

1)NONWOVEN STORAGE

Untuk bekas ini,  isi semua baju adik perempuan saya yang lama-lama.
Yang hitam, isi shawls and pashmina .
Malaysia panas . Tidak sesuai pakai shawls 😛
Beli daripada MRDIY

Hitam - RM 6.90
Pink- RM 16.50


2) PLASTIC STORAGE 
Juga dari MRDIY
Harga lupa .hehe



3) SLING HANGER 

Sling hanger sesuai untuk korang letak shawls , skirts dan trousers (seluar slack)
Untuk saya, saya letak skirts .
Sling hanger ni boleh didapatkan di MRDIY .
 Harga lupa.. Lama dah beli.


 Untuk t-shirts, saya gulung (rolled up)  semua macam sushi , supaya nanti senang untuk saya sumbat diorang dalam wardrobe. Pernah saya pack dengan guna cara ini. Sangat menjimatkan ruang okay?! Tapi masih ada lagi tak tahu guna cara ini. Sampaikan pernah kawan saya sendiri label saya pelik. Haiyya lu amoi manyak ketinggalan.

Kalau guna cara ni kalau campak tak terlerai.. still kemas. Kena pandai gulung dan selit tau.









Untuk plastic storage yang saya tunjuk tadi, saya isi shawls chiffon ikut susunan warna, supaya nanti senang pilih bila nak pergi outing , working and so on.
Okay , itu sahaja yang saya nak share. Tidak banyak pun dan mungkin korang dah tahu cara-cara ini. Buat yang belum tahu, cuba sedaya upaya kemaskan almari anda hokei.. Selamat mencuba.

P/s: I am not a face of MRDIY nor sponsored by them 😑

No comments:

Post a Comment

Labels

Bobblehead Bunny