Followers

Wednesday, May 3, 2017

DIRECTOR of our life

Aku lihat drama-drama yang disiarkan di kaca televisyen. Sungguh rumit sekali.  Sakit kepala , tekanan mula menerpa minda. Hishhh..
Tidak berpuas hati dengan jalan cerita tersebut...

...


Adakah aku rasa benda yang sama terhadap kehidupan realiti aku?
Layakkah untuk aku tidak berpuas hati dengan lembaran cerita hidup aku?

Setiap kehidupan manusia ada cacat celanya

Aku lihat dia , berwajah manis lagi ceria. Pakaiannya sungguh bergaya, mengikut  fesyen semasa. Ramai yang ingin berkawan dengannya. Bila-bila masa sahaja dia boleh meronda , shopping ,go to the cinema, karouke dan aktiviti hiburan seumpamanya. Sungguh bebas umpama burung yang terlepas dari sangkarnya.

Namun di sebalik wajah yang ceria dan gaya hidup yang full of fun ada cerita sedihnya. Ketika dirinya inginkan perhatian si bapa dengan menunjukkan lukisan comelnya, tidak terbalas dengan apa-apa kata. Ketika dirinya inginkan pujian si ibu untuk masakan pertamanya, tidah diendah juga apatah lagi mahu dirasa. Ketika dirinya menghadapi masalah di sekolah, tiada siapa yang bertanya. Ketika dia cemerlang dengan pelajarannya, penghargaannya di mana?

Dia ada sahaja hatersnya. Ada masa, aku terdengar orang mengatanya. Ada masa, aku melihat dia membuli rakan sekelasnya. Ada masa , aku melihat dia bergaul sebebas-bebasnya. Tiba-tiba perumpamaan burung yang terlepas dari sangkar bertukar menjadi pandangan dari sudut negatif.

Dia umpama burung yang terlepas dan bebas. Tetapi dia jugalah burung yang tiada hala tujunya...

Allah lah sebaik-baik  dalam memberi keadilan.

Dan mungkin sahaja kritikan kita terhadapnya begini "Dia tiada peluang untuk hidup bahagia" "Dia dah rosak!" "Kehidupannya musnah!"

Cepat! Buang sangkaan begitu. Buang ia jauh sejauhnya.
Kerana setiap kehidupan manusia ada cacat celanya. Dan bersama cacat cela itu, Allah sembunyikan hikmah dan kebahagiaan di sebaliknya. Semua manusia itu Allah uji secara adil dan mengikut kemampuam hambanya.

Siapa kita? 

Kita adalah musafir , kita juga pengembara , kitu juga tetamu, , kita juga seorang yang miskin. Kerana tiada apa di dunia ini milik kita. Malah diri kita juga milik sang pencipta.

Berjalanlah kamu di muka bumi . Mengumpul bekalan untuk ke syurga. Mengembaralah kamu di dunia. Menepis segala sengsara dengan keimanan di dada . Semoga syurga destinasi akhirnya. 
Jangan kau angkuh dengan kebahagiaan kau, Jangan kau mengeluh dengan dugaan yang menimpa kau. Ketika kau bahagia, sebarkan. Ketika kau menderita, endahkan.

Letakkan 100% pergantunganmu kepadaNya..!!!

Director of our life



No comments:

Post a Comment

Labels

Bobblehead Bunny