Followers

Monday, May 22, 2017

Define Heart | Pengertian Hati



Maksud perkataan hati adalah / The meaning of hati is
central part , careful , liver , heart 
Rujukan :http://mykamus.com/free/2010/09/hati/

Gambar ni, sis yang tangkap (Bangga)

Hati amat diperlukan oleh manusia.. Kan?
Dalam kitab Imam Al-Ghazali iaitu Ihya' Ulumuddin menceritakan kemahuan hati. Yang dikatakan kemahuan hati atau kecenderungan hati itu ialah mencintai Allah, mengenal Allah dan beribadah kepada Allah SWT. Dan juga kecenderungan hati ialah berhikmah. (Hikmah  merupakan gabungan = Ilmu+Amal+Akal+Jiwa). ---> Yang membuatkan semua kelakuan kita betul dan menghindarkan diri dari membuat kesalahan.

Semua kecenderungan dan kemahuan hati itu adalah sifat semulajadi yang juga merupakan perintah Allah SWT . Hati kita cenderung untuk mengenal Allah, beribadah pada Allah. Ada dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran 

"Bukankah aku ini tuhan kamu? (Roh menjawab ) , Ya, bahawasanya kami naik saksi bahawa Engkau adalah Tuhan kami."  (Surah Al-Araf:172)
Perkara ini sama diumpamakan  macam kita rasa ingin makan dan minum. Perasaan itu juga fitrah yang ada pada manusia sejak dilahirkan ke dunia. Fitrah tidak perlu dipelajari. Untuk makan dan minum, kita tidak perlu diajar. kan? Yelah. Macam tak biasa. Bangun pukul 10. Turun terus ke dapur . Langsung tak dihirau orang lain. Huhu. Yelah, perut laparkan? Dahla bangun lewat, tak tolong di dapur. Bangun-bangun, teruih cari makan. Bertuah punya anak dara/teruna..Makan pula, tak diajak orang lain.Haha. Apa pun tak boleh.

Jadi, di sini kita dapat faham bahawa rasa untuk mengenal Allah SWT (Tuhan) dan menyembah Allah SWT itu tidak perlu dipelajari. Cuma perlu tahu bagaimana untuk mengenal dan menyembah Allah SWT. Samalah juga macam rasa nak makan dan minum. Itu tak perlu dipelajari, tapi cara untuk mencari dan memasak makan dan minum perlu dipelajari .

Hati , Raja kepada anggotanya

Kita dah faham , apa maksud hati semua blablabla.. Tapi, kita dah mula bosan dan jemu untuk beribadah kepada Allah SWT. Kenapa?

Moh ler kita cari punca :)

Dari sebuah sabda Rasulullah SAW bermaksud,
"Dalam diri manusia ada seketul daging, apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badan manusia. Jika seketul daging itu rosak maka seluruh anggota badan manusia itu rosak. Itulah dia hati."
Sifat-sifat terpuji, datangnya dari hati yang baik. Hasilnya, selurah anggota badan kita melakukan sesuatu yang menghala ke arah kebaikan. Kalau hati jahat, sebaliknya . Dan setiap kejahatan itu dimurkai oleh Allah SWT..

Hati-hati yang baik, ada tertanamnya sifat-sifat mahmudah yang membuka pintu-pintu syurga.


"Ya Allah, peliharalah hati ini Ya Allah, supaya terbukanya pintu-pintu syurgaMu buatku. Supaya aku dapat merasa nikmat syurgamu meskipun aku tidak layak." 


Judul Buku : Penawar Bagi Hati | Ummu Aisyah

No comments:

Post a Comment

Labels

Bobblehead Bunny