Followers

Tuesday, February 14, 2023

PERKARA-PERKARA YANG MEMANTAPKAN AKIDAH

Kita hendaklah sentiasa membaca dan memahami ayat-ayat suci Al-Quran dan Hadis untuk dijadikan panduan dalam kehidupan seharian. Kesannya, kita akan terhindar daripada melakukan perkara-perkara yang terlarang.

Selain itu, kita juga boleh menghadiri majlis-majlis ilmu seperti ceramah, forum untuk menambahkan ilmu islam. Hal ini kerana, mempelajari ilmu adalah perkara yang dituntut dalam islam. Kesannya, menambahkan ilmu akan menjaminkan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Seterusnya, kita perlulah sentiasa berzikir kepada Allah S.W.T dan berselawat keatas Rasulullah S.A.W untuk mendapatkan cinta Allah S.W.T . Hal ini kita akan mendapat ganjaran sepuluh kali ganda daripada allah S.W.t dan mendapat syafaat daripada Rasulullah S.A.W

Tambahan lagi, melaksanakan Islam dalam segenap aspek kehidupan meliputi diri, keluarga dan masyarakat. Demi mengubah orang di sekeliling kita dan masyarakat, perlu bermula dengan diri terlebih dahulu. Kita sendiri juga harus berusaha mewujudkan suasana yang mengikut syarie atau mempunyai qudwah  baik yang dapat memperngaruhi pegangan aqidah kita dan orang-orang di sekeliling kita.

Mengikut dan menjadikan kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w sebagai tauladan untuk kita bersifat mulia atau berakhlak yang mulia (mahmudah)  dan menjauhkan diri daripada akhlak yang keji (mazmumah).

Cuba sedaya upaya untuk melakukan amalan-amalan fardu dan sunat dengan Istiqamah. Memaknai dan memahami kenapa perlu melakukan amalan-amalan tersebut. Apabila ibadah seiring dengan kefahaman, secara tidak langsung ia menguatkan lagi pegangan aqidah seseorang individu.

 

 

No comments:

Post a Comment

Labels

Bobblehead Bunny