Followers

Wednesday, April 19, 2017

YASNA MALAIKA : Langkah pertama

Nama aku Yasna Malaika. Yasna bermaksud mawar putih , manakala Malaika pula bermaksud malaikat as in english pula angel . #gitu

 Ibu dan Abah aku selalu berkata "Your my angel , baby." menandakan betapa sayangnya mereka kepada aku. Bagi mereka, aku membawa cahaya kepada kehidupan mereka. Ibu juga ada sebut "Kamulah anak syurga ibu".  Mendalam maksudnya ..







5 tahun~*


Aku masih ingat lagi di hari pertama abahku mendaftarkanku ke sebuah tadika yang berdekatan dengan rumah flat kediaman kami. Jelas terpancar cahaya kegembiraan pada wajah  seorang Abah. Dia melihat anak sulungnya bakal menuntut ilmu di sebuah tadika yang menjadi pilihannya. 

Matahari perlahan-lahan naik menunjukkan dirinya. Embun pula menyapa pipi gebu si anak kecil yang enak tidur. Sejuk .Sekumpulan burung mula bernyanyi. Mereka berzikir barangkali? Indah bunyinya. Lagi enak aku tidur. Aku sedar, tetapi kelopak mataku masih berat untuk dibuka. Ibu pegang bahuku lalu digoyang lembut. " Kakak. Kakak. Bangun, pergi sekolah."

Aku mula merengek. Aku mengantuk! Perlahan-lahan ibuku menarikku bangun dari tempat tidur yang empuk. Ibu memegang tanganku lalu dibawanya aku menuju ke sinki dapur. Ibu membasuh mukaku. Aku? Aku masih menangis . Ditariknya lagi aku ke ruang tamu lalu terus meletakkan diri aku di atas lantai .
Ibu mula memujukku untuk menyiapkan kerja sekolah. Kerja sekolah tersebut hanyalah sekadar melatih aku untuk menulis abjad dan nombor. Aku nangis. Ibu kata " Tidak mengapa anakku. Mari kita siapkan sama-sama ya". Ibu memegang tangan anak kecilnya lalu digerakkan tangan anaknya untuk menulis huruf  'C' .

"Sikit lagi kakak. Okay, dah siap! Goodjob! " - Ibu

Itulah langkah pertamaku yang didorong oleh insan bergelar ibu. Itulah jalan pertamaku yang dibuka oleh insan bergelar abah. Jika aku dibiarkan tidak berpelajaran dan tidur, masakan aku bisa berbicara lagi petah dan menulis dengan mudah seperti hari ini?

Alhamdulillah..










No comments:

Post a Comment

Labels