Penulis yang bercita-cita ingin menjadi Full Time Muslim untuk Rabbnya. Doakan cita-citanya tercapai.
Followers
Wednesday, November 22, 2017
WARDROBE GOALS ?
Wednesday, September 6, 2017
Ujian ujian ujian
*twittwit (notification ringtone)
Aku terus buka notification whtsapp. Terpapar nama seorang lelaki yang begitu menduga dan menguji kesabaran aku.
Dia selalu berkata sesuatu yang tidak berlaku. In other words, he loves to make up stories. Dia sering meluahkan kebimbangan jika suatu hari nanti aku benci padanya. Kebimbangan fitnah tentang aku dan dia. Katanya "sedangkan kita tak berhubung pun". Tapi, dia buat lagi. Dan dia buat aku mula rasa benci dan meluat dengan perangainya yang suka buat cerita.
Dia selalu mengajukan soalan yang kosong. Cakap macam orang kurang cerdik(Bahasa sopan). Memaksa aku buat apa yang aku tak suka. Iaitu melayan dan chatting dengan dia.
Aku bukannya tidak pernah jujur dengannya. Aku dah nyatakan aku boleh sahaja berkawan dengannya.. Tapi biasa-biasa. Tidak perlu mesej tanpa urusan. Sedangkan kawan rapat lelaki yang lain pun tidak pernah mesej aku ketika waktu lapang . Mereka bertegur di luar sekadar berbahasa. Tolong bila diperlukan. Berbual bila ada urusan.
Dan, kelmarin dia tegur aku. Ucapan selamat hari raya diberi. Aku senyap. Katanya dosa. Apa yang aku jawab. Katanya tipu. Katanya dosa, kalau menipu. Do I really have time to lie him?He keeps repeating the words "dosa" here gais. Boleh tak aku kata, dia ni penunggang agama?
Aku ingat, musim raya sebelum ini, katanya minta maaf. Katanya, hidup seperti normal. Ya, memang betul aku boleh hidup secara normal.Syaratnya, kalau kau tidak ulangi apa yang aku tak suka.. It is okay to be yourself.But please, in a positive way. Kalau maksud kau 'be yourself' dengan membuat sesuatu yang orang tidak suka, kau silap.
Sebab bila aku "be myself" dengan tidak melayan perbualan kosong, kau tidak suka, kau tidak puas hati. Eh bro, aku sedang be myself kot. Jadi diri sendiri...
Aku dah cuba nak be nice dengan orang macam kau. Tapi, kau tak membantu. Cakap lah banyak sekali mana pun. Kau takkan faham. Aku penat..Aku penat nak puaskan hati orang sekeliling. Kau tak pernah faham. Tak pernah hadam dengan apa yang aku suarakan. Orang kata, "benda boleh bincang". Yeah right.. Itu kalau, orangnya berfikir gunakan akal dan ada effort untuk memahami dan tidak ulang kesilapan yang sama.
People tends to do mistake. But if he keep repeating the same mistake, who wouldn't be so piss off!
Engkau redha atau tidak dengan cara layanan aku, Its up to you. The most important is, redha Allah.
Aku struggle nak jaga hubungan dengan manusia ,baik lelaki atau sejantina dengan aku.
Semuanya kena berpandukan buku guidance yang Allah beri pada kita.
Apa-apa pun Alhamdulillah Allah hadirkan insan-insan seperti ini untuk menduga aku. Dengan cara inilah, kekuatan aku terbina.
Aku pernah sahaja meluahkan masalah aku pada insan-insan di sekeliling aku. Tidak semua yang memahami apa yang aku rasa. Aku kecewa.
Bait lirik lagu "redha" tiba-tiba bermain di kepala.
*Mengapa harus kita rasa kecewa
Sedangkan Tuhan lebih mengetahui
Apa yang terbaik untuk makhluk-Nya
Bukan ditakdir untuk menyiksa
Biarpun nikmat terasa berjauhan
Namun jiwa bagaikan tiada sempadan
Itu yang terbaik bagi setiap insan
Saling memahami
Redha dengan kehendak Ilahi
Tiada lagi tempat aku untuk aku bergantung, kecuali Allah SWT. Yang Maha mengetahui segalanya...Hanya Dia yang betul-betul faham hati Hambanya. Allah tidak akan menguji di luar kemampuan kita.
Allah jadikan kita makin kuat dengan mendatangkan ujian kecil ini.
Lastly, girls...
Jadilah perempuan yang tegas dengan kaum adam.
It starts with us.
Kalau kita turutkan sahaja kegiatan jahiliyah yang berlaku. Dan harapkan mereka hentikan arus deras jahiliyah tersebut? Dalam mimpi...Lambat..
Kita yang kena bertindak dulu.
Kalau kita yang menanam akar maksiat, mereka dengan mudahnya menyuburkan pokok yang menghasilkan buah yang buruk sekali.
Kalau kita yang menanam akar ketaatan, mereka dengan mudahnya turut menyuburkan pokok yang menghasilkan buah yang baik sekali.
Erk, boleh terima analogi macam ni?
Thursday, August 24, 2017
Baju paling branded !
"Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya." (HR At Tirmidzi)
Tuesday, June 13, 2017
Ibrah Cik Promoter
Semester break sudah bermula..Dua bulan tau aku cuti! Mereput lah nanti...Pffttt.
" Ya Allah, kau ampunilah dosa hambamu ini . Peliharalah aku Ya Allah"
Luahan kenalan baru
Ini adalah antara kata-kata yang sentiasa berada di benak fikiran aku dan respon aku sama ada dalam fikiran AKA secara batin atau yang diluahkan secara zahir (yang bold sahaja)
๐ฌ Buat apalah nak bagi budak-budak pakai tudung dari kecik? Baju muslimah bagai tu. Membazir! Mahal tau baju muslimah tu. Baik beli baju biasa...
๐ญ Eh , Akak tak tahu ke Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Eh husnudzon-husnudzon. Maybe akak ni memang tak berkemampuan kot. Lagipun, kanak-kanak masih tidak wajib menutup aurat.
" Lainlah orang yang mampu kan akak?" Akak tu angguk setuju. Lega aku.
๐ฌ Aku tak pandang lah orang beragama ni. Orang beragama ni bodoh kau tahu?! Kau pergi haji, tapi hati hitam buat apa??Ada jiran mengata aku , pemakaian aku. Akak takkan terima lah kalau teguran yang menyakitkan dan kasar. Ahh lantak kau lah, janji aku tak kacau hidup diorang. Makcik akak pun pernah tegur, Sakit hati .. Akak tak leh terima. Terasa hati gila.
Atuk akak kan, pernah je tegur akak . Dia bawa ajak akak keluar tiba-tiba..Akak pula blur. "Atuk nak bawa kita p mana?" Atuk akak kata "Kamu tu pakai tak cakap kain..." Lembut katanya, tapi makan dalam. Atuk akak suruh solat. Akak bangun, tapi pergi tidur balik. Geleng kepala atuk akak. Haha
๐ญ What?! Orang yang bergama orang yang berakal lah akak! Terkejut aku...Rasa terkilan bila dengar.
Owh... akak ni sedar dia tak tutup aurat dengan sempurna..Hmmm, aku tak pernah pula nampak akak ni ke surau .. Cuti kot? Husnudzon Diana. Kau bukannya baik sangat. Aku tak boleh salahkan akak ni juga. Kadang-kadang sesetengah masyarakat kita suka menghukum bukan menegur secara berhemah.. Aku pun kena belajar banyak teknik menegur.. Kena baca sirah nabi ni! Belajar cara nabi menegur dan berdakwah secara halus dan lembut .. "Kalau saya pun tak boleh terima akak" balas aku pada akak tu..
๐ฌ Eh kalau kau nak kata kau bergama, kau keturunan imam masjid ke apa ke.. Atuk akak ulamak kau tahu? Akak tak sama macam atuk akak. Akak gini je. Biarlah orang nak kata akak tak cukup kain ke apa ke..Kau sibuk nak bangga dengan keturunan kau..
๐ญ Akak tak sayang ke atuk akak? Tutuplah aurat kak ๐ . Betul tu kak. Setuju. Mana boleh berbangga dengan keturunan kita... Kau keturunan raja ke apa ke.. Kita semua sama di mataNYA.
"Yelah, iman tak dapat diwarisi..Biarlah ayah kita baik setara mana, anaknya tak semestinya baik macam ayahnya..." balas aku .
Sambil- sambil aku melipat kain.. Aku fikir kembali apa yang telah dikatakan oleh akak tu. Aku bermonolog sendirian .."Akak ni , hatinya sudah keraskah untuk menerima teguran? Dia tak kisah langsung ke pasal aurat? Ya Allah, kau lembutkanlah hatinya. Aku hanya mampu berdoa. Aku tiada kuasa untuk menegurnya"
Aku lihat akak itu.. Aku senyum.. " Sekurang-sekurangnya dia bertudung. Bukannya, berpakaian menjolok mata, cuma tidak sempurna sahaja dari segi penutupan auratnya"
Aku hanya doakan dia dalam diam.. Diam itu juga mutiara bukan?
Teruskan berbuat baik.. Tunjukkan kelakuan yang mulia. Raikan dia ..Buktikan, bahawa orang bergama itu tidak bodoh! Jangan jadi penghukum.. Jangan menghina.. Jadi penunjuk . Jadi orang yang memimpin.
Ibrah Cik Promoter ๐ฉ
Monday, May 22, 2017
Define Heart | Pengertian Hati
Maksud perkataan hati adalah / The meaning of hati is
"Bukankah aku ini tuhan kamu? (Roh menjawab ) , Ya, bahawasanya kami naik saksi bahawa Engkau adalah Tuhan kami." (Surah Al-Araf:172)
Dari sebuah sabda Rasulullah SAW bermaksud,
"Dalam diri manusia ada seketul daging, apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badan manusia. Jika seketul daging itu rosak maka seluruh anggota badan manusia itu rosak. Itulah dia hati."Sifat-sifat terpuji, datangnya dari hati yang baik. Hasilnya, selurah anggota badan kita melakukan sesuatu yang menghala ke arah kebaikan. Kalau hati jahat, sebaliknya . Dan setiap kejahatan itu dimurkai oleh Allah SWT..
Hati-hati yang baik, ada tertanamnya sifat-sifat mahmudah yang membuka pintu-pintu syurga.
"Ya Allah, peliharalah hati ini Ya Allah, supaya terbukanya pintu-pintu syurgaMu buatku. Supaya aku dapat merasa nikmat syurgamu meskipun aku tidak layak."
Wednesday, May 3, 2017
Manusia Yang Pasif
![]() |
Kalaulah mata aku macam minah anime ni.. Err, menakutkan.. |
Sejak dari zaman sekolah rendah sampailah sekarang, aku jumpa dengan ramai manusia yang bersikap pasif. Pada pandangan aku, manusia yang pasif ni agak annoying juga. Kenapa? Mereka ni berkelakuan macam robot. Ikut sahaja ...Langsung tidak menyuarakan pendapat dan meluahkan emosi. Mungkin dia lebih berminat untuk share di sosial media sahaja tentang perasaannya.
Kau Manusia Bukan Robot
Ya ya ya. Kita dah besar, perlu jadi matang. Tetapi kadang-kadang tak perlu berlagak jadi matang dengan memilih jalan untuk senyap, tetapi diluah di dalam media sosial.
Kalau betul la kau tak percaya sesiapa untuk luahkan masalah kau, kau tak perlu luahkan perasaan kau di sosial media. Bukankah mereka-mereka yang act as your followers or your friends juga manusia?
Tak..Bukan aku maksudkan tak boleh langsung ekspresikan rasa sedih, kecewa, gembira dalam sosial media. Tetapi, ikut situasilah brader/sis . Status kau buat orang rasa suspicious dan boleh mencetuskan fitnah serta gosip . Dan mungkin juga apa yang kau rasa itu, semuanya hanyalah salah faham. The point is , isu yang orang luar tak tahu, pun boleh jadi tahu.
Itu kes lain ya. Kalau macam kes, dah slowtalk secara face to face . Tetapi orang itu masih tak faham dengan apa yang kita tak senang, maka saya tidak begitu hairanlah mengapa tercetusnya status-status jiwang karat . Tetapi jalan yang lebih baik berdoa sahaja pada si pemiliknya . Jangan sampai ukhwah hancur weyh. Seksa rasa.
Jangan jadi BOB ! (Amaran keras)
Manusia yang pasif ni juga orang yang jenis BOB (Buat orang bersalah ) bab kata mat lutfi.
Kononnya nak jaga hati, acah sado.. Tetapi tindakan kau sama je, tetap membuat kawan kau terasa hati. Lagi-lagi status atau tweet atau story kau memang terlalu jelas siapa yang kau maksudkan . haha . Lagi jelas, dengan cara kau melayan kawan-kawan kau.
Kawan-kawan ni pula terkontang-kanting "Weyh , apa salah aku?" "Bila tanya, kata takde apa-apa."
Susah untuk handle orang macam ni. Macam mana dia nak hadapi masalah ni dalam apa-apa organisasi? Rakan sekerja buat masalah, langsung tak diluah. Silap hari, boleh jadi hyperstress. Bagaimana pula cara dia tangani perasaan dia dalam rumah tangga? Suami/Isteri buat sesuatu yang tak menyenangkan hati. Langsung tak diluah. Bila ditanya , digeleng. Action speak louder than words okay?
How to handle this kind of people?
Pada pendapat aku, orang sebegini kita jangan layan sangat. Nanti, kita pula yang serabut fikir dengan masalah buatan sendiri . Haha . Apa yang kau boleh buat, doakan dia supaya dia dilembutkan hati, ditenangkan pemikiran.
Maybe cara nak tegur orang sebegini dengan luahkan apa yang kau rasa terhadap orang yang perangai sama macam dia . Maksudnya, kita seolah-olah menjadikan dia tempat luahan dan pendapat. Dengan cara ini, insya Allah cara pemikiran dia bertukar.
Prosesnya mungkin lambat, tetapi insya Allah menjadi.
Bawa bersabar lah ya?
Semua manusia tak sempurna. Aku pun tak sempurna.
Tetapi apa salahnya kita mengejar kesempurnaan di mata ALLAH? hehe
DIRECTOR of our life
Tidak berpuas hati dengan jalan cerita tersebut...
Setiap kehidupan manusia ada cacat celanya
Dia ada sahaja hatersnya. Ada masa, aku terdengar orang mengatanya. Ada masa, aku melihat dia membuli rakan sekelasnya. Ada masa , aku melihat dia bergaul sebebas-bebasnya. Tiba-tiba perumpamaan burung yang terlepas dari sangkar bertukar menjadi pandangan dari sudut negatif.
Dia umpama burung yang terlepas dan bebas. Tetapi dia jugalah burung yang tiada hala tujunya...
Allah lah sebaik-baik dalam memberi keadilan.
Dan mungkin sahaja kritikan kita terhadapnya begini "Dia tiada peluang untuk hidup bahagia" "Dia dah rosak!" "Kehidupannya musnah!"
Cepat! Buang sangkaan begitu. Buang ia jauh sejauhnya.
Kerana setiap kehidupan manusia ada cacat celanya. Dan bersama cacat cela itu, Allah sembunyikan hikmah dan kebahagiaan di sebaliknya. Semua manusia itu Allah uji secara adil dan mengikut kemampuam hambanya.
Siapa kita?
Kita adalah musafir , kita juga pengembara , kitu juga tetamu, , kita juga seorang yang miskin. Kerana tiada apa di dunia ini milik kita. Malah diri kita juga milik sang pencipta.
Berjalanlah kamu di muka bumi . Mengumpul bekalan untuk ke syurga. Mengembaralah kamu di dunia. Menepis segala sengsara dengan keimanan di dada . Semoga syurga destinasi akhirnya.
Jangan kau angkuh dengan kebahagiaan kau, Jangan kau mengeluh dengan dugaan yang menimpa kau. Ketika kau bahagia, sebarkan. Ketika kau menderita, endahkan.
Letakkan 100% pergantunganmu kepadaNya..!!!
Director of our life
Wednesday, April 19, 2017
YASNA MALAIKA : Langkah pertama
Alhamdulillah..
Friday, February 3, 2017
Tissue dalam mesin basuh
Terus kami sehati berdansa zupp zapp bersiap! "Ayuh ke dobi!" Jerit si Zicoo .
Yelakan.. Aku dan Yani penat kemas rumah yang bersepah macam.....nauzubillah!
Seminggu tinggalkan rumah untuk cuti midsem.
"Eh Yani, kau kunci pintu, aku start engine dulu ya?"
" Ba Ba Ba" Kata si gadis Yani yang berasal dari Sabah...
Aku ingat dia nak mula nyanyi "Kenapa bah kau berubah kenapa bah"
lagu yang dipopularkan oleh Stacy tuu..kwang3
Engine kereta sudah dimulakan..Seat belt siap pasang! 3 Baldi milik kami dah siap letak dalam bonet. Lalu terus pergi ke Dobi Mudah yang sememangnya memudahkan kerja orang . Thanks for the free WIFI broh!
Kami pun sampai.. Usung la semua baldi ke dobi tu. Siap sumbat baju, isi syiling, tekan butang start.
"Done! Moh ler kita duduk " Si Zicoo dan Yani terus duduk. (perghhhhhhh penat nyah oi)
Masa aku duduk, kelihatan 3 orang makcik dan seorang anak kecil dalam lingkungan umur 3 tahun (teka si zicoo) yang duduk di kerusi barisan hadapan aku .
"tet tet tet" Tiba- tiba salah seorang makcik di hadapan aku, bangun . Dia berjalan ke arah mesin basuh yang dia gunakan. Makcik tu buka perlahan- perlahan. Mungkin bimbang kain-kainnya jatuh.
"Wey lahhh hoooooooo.... Banyok tissue nieh..Anok ttino punya kkijo la nieh. Tak dop oghe lain doh..."
Bebel makcik .
Aku terus tersenyum, teringat bebelan ibundaku.Sama! Hahaha . Akulah yang selalu letak tissue dalam poket. Kalau bukan aku, ayah aku. Hehehe Bapak Borek Anak Rintik. Bila ibu ingin jemur kain, bukan sahaja tangannya bergerak, Malah mulutnya sekali tidak henti-henti bebel. RINDU IBU.
Ibu Ayah. Bukan milik kita ..Mereka adalah milik Allah . Mereka berdua dipinjamkan kepada kita untuk sementara sahaja. Suatu hari nanti, kita akan hidup tanpa mereka, Kita berdiri di atas kaki kita sendiri. Tiada lagi ibu ayah untuk kita adukan rasa sedih.
Syurga kita di bawah telapak kaki ibu. Ingat, dia yang mengandungkan kita selama 9 bulan 9 hari !
Jadi, sebagai anak yang soleh dan solehah, kenanglah ibu ayah anda-anda semua dalam doa selalu.
Mungkin sekarang kita bosan dengar bebelan dari ibu kita. Tapi kita akan rindu semua bebelan itu akan datang. Semua masalah , kita kena hadapinya sendiri. Semua masalah, solusinya kita fikirkan sendiri..
Aku diam.. Tidak mengeluarkan sepatah kata. Aku layankan sahaja televisyen yang berada di hadapan aku. Seolah-olah aku tidak kisah ibu abah aku akan pulang ke selangor.
Ibu Abah sudah siap aku salam, Huhu. Beri mereka ruang untuk bersalam dengan saudaraku dan nenekku. Leka sangat tengok cartoon "Spongebob Squarepants" sampai tidak sedar ibu abah aku sudah bertolak. Aku lihat kereta estima putih berlalu pergi. Terus aku masuk ke bilik.
Mata aku sudah mula ditakungi air. Sedih ( Sungguh cengeng sekali)
Aku cuba pujuk hati dengan pulang awal ke rumah sewa untuk sibukkan diri dengan assignment yang tertunggak tidak siap. . Ramai saudara sudah pulang ke rumah masing-masing. Kalau duduk di kampung, rasa sunyi sepi dan sayu sahaja
Cepat mengalah dengan karenah orang yang tidak patut dilayan.
Berserah sepenuhnya pada Allah.
Redha dengan atas ketentuannya.
Tenang dalam hadapi segalanya..
Itulah yang membuatkan kita semakin matang..
Labels
- bedah buku (2)
- Cerita (2)
- kehidupan kolej (1)
- keluarga (2)
- Manusia (8)
- peribadi (3)
- tips (1)