Seriusly, baju ni tidak semua mampu sarung.
Susah..Hanya orang kaya sahaja yang mampu.
Tapi, sayangnya ramai tidak terkejar-kejar untuk menyarung baju branded ini.
Jenama pakaian tersebut adalah Akhlak .
Siapa mampu menyarungnya? 💖
Akhlak adalah ciri penting dalam kepimpinan Islam kerana Rasulullah SAW diutuskan adalah untuk memperbaiki akhlak manusia. Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW berkata :
"Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya." (HR At Tirmidzi)
Nabi Muhammad SAW memiliki akhlak yang sangat mulia.
Pada zaman baginda, ada seorang orang arab Badwi berminat dan tertarik dengan kejujuran, akhlak dan teladan baginda. Arab Badwi ini ingin mengetahui secara langsung tentang akhlak baginda melalui para sahabat yang paling rapat dengan baginda.
Maka, orang arab Badwi pergi menemui sahabat rapat baginda iaitu Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a kerana yakin dapat menjawab kenginannya untuk mengetahui akhlak baginda. Apabila tiba di rumah Sayidina Abu Bakar, dia pun bertanya "Wahai Abu Bakar, bolehkah engkau menceritakan kepadaku bagaimana akhlak dan teladan Nabi Muhammad SAW?"
Abu Bakar menangis dan menjawab "Wahai sahabat, jika engkau ingin tahu bagaimana akhlak dan teladan nabi, kau bertanyalah kepada Umar Al-Khattab r.a kerana dia orang yang tahu tentangnya.". Maka, si arab Badwi pergi ke rumah Sayidina Umar r.a.
Pertanyaan yang sama diajukan.Lantas Umar pun menangis dan menjawab "Wahai sahabat, jika engkau ingin tahu bagaimana akhlak dan teladan nabi, kau bertanyalah kepada Sayidina Ali r.a kerana dia orang yang paling tahu tentangnya."
Kemudian, si arab Badwi pergi menemui Sayidina Ali. Apabila sampai di rumahnya, arab Badwi menceritakan apa yang dilakukannya oleh Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar. Beliau meminta Sayidina ali menjawab persoalan itu. Maka , Sayidina Ali menjawab sambil tersenyum. "Hai sahabat, akau akan jawab pertanyaanmu . Tetapi aku mempunyai syarat untuk kamuharus lakukan." Si arab Badwi bersetuju.
Sayidina Ali berkata "Cuba engkau terangkan bagaimana indahnya langit dan bumi?'
Si arab Badwi berfikir sebentar untuk menjawab soalan tersebut tetapi beliau menjadi bingung dan tidak dapat menyatakan sesuatu kepada Sayidina Ali.
Sayidina Ali berkata "Jika air laut dijadikan dakwat, kemudian manusia dan malaikat diminta untuk menulis akhlak dan teladan Nabi Muhammad SAW, maka tidak habis untuk menjelaskannya." Maka si arab Badwi berasa kagum dengan jawapan Sayidina Ali dan akhirnya beliau memeluk Islam.
Jadi, apa yang dapat saya simpulkan daripada cerita ini, dakwah boleh juga disampaikan secara non-verbal. Melalui tertib, tingkahlaku kita.. melalui perbuatan kita.. Omputeh kata Seeing is believing...
Why not, kita yang jadi ikon muslim? But how?
3A: Akhlak, Adab dan Amalan
Akhlak: Perbuatan yang meletakkan Allah sebagai prioriti atau keutamaan
( everything must me lillahita'ala)
Adab: Tingkah laku ketika berada di sesuatu situasi.
Amalan : Perkara kebiasaan.
3 elemen ini harus bergerak seiringan supaya lahirnya duta yang bercirikan muslim.
Mungkin ada juga di kalangan member kita kata " Alahhh, kita muda lagi kot. Kita patut enjoylah! Have fun. Tak payah lah serius sangat.. Ingat senang ke nak jadi baik ni. Nanti orang kata hipokrit! Tak payah la jadi baik sangat.Zaman sekarang lain, dulu lain.. Lagipun, beban tau nak jadi orang baik ni.."
Jawapan : Thats why saya kata tadi, pakaian akhlak ini mahal. Tidak semua mampu menyarungnya. Kerana ia eksklusif dan tersendiri. Orang yang kaya dengan kesabaran dan ketaatan sahaja mampu menyarungnya. Pakaian inilah yang mampu membawa kita ke syurga. Bukan sahaja indah di mata manusia. Malah indah di mata Allah. Hmmm tentang hipokrit pula... Jika kita melakukan sesuatu yang berlawanan dengan baik, maka itulah sebenar-benarnya hipokrit. Kerana memang fitrah manusia suka akan kebaikan. Awak suka ke orang cakap maki-maki , mencarut sepanjang masa ? Tidak sedap didengar bukan?
Semoga kita beroleh pakaian ini ;)
Rujukan : Majalah GenQ & jadi Pemimpin Hebat (Dr. Yazid Abdul Manap)
Nota kaki: Aku patut sedar. Aku sudah tiada masa untuk bersenang lenang. Aku patut sedar dan seharusnya bersyukur disebabkan perjuangan Nabi SAW dan sahabat baginda, aku beroleh nikmat Islam dan nikmat iman ini. Impian aku, supaya aku mampu menjadi penerus perjuangan Rasulullah SAW. Banyak perlu digali, banyak perlu dikaji, banyak perlu dipelajari dan difahami.. Jangan kau jadi tin yang kosong ...